Thursday, September 18, 2008

Pengeluaran Wang Oleh Kerajaan Utk Pembangunan Pertahanan Satu Bebanan?

Aku ingat lagi masa aku dibangku sekolah, riuh orang mempertikaikan Abiliti dan Kredibiliti ketenteraan Malaysia. Mereka mengeluarkan kenyataan, ketenteraan Malaysia mengalami kemunduran 10 thn berbanding negara maju yang lain Apa yang mundurnya Entiti Ketenteraan kita..? Adakah dari segi kemahiran, aset atau lain-lain faktor. Namun kini, aku dapat melihat sendiri kenapa kenyataan 15thn dahulu timbul.

Sememangnya jika hendak membandingkan kita dengan negara maju yang lain, kita sedikit kemunduran. Tapi tidaklah sejauh yang dipersoalkan dahulu. Kita masih hampir sejajar dengan mereka. Oleh sebab yang demikian, pembangunan ketenteraan diwujudkan agar masalah ini dapat diatasi. Namun begitu, kita bukanlah negara sekular yang meletakkan pelaburan ketenteraan di keutamaan tertinggi hingga membiarkan rakyat hidup dalam kebuluran dan kemiskinan. Kita masih mengimbangi dasar ekonomi negara.

Aku berterima kasih kepada pucuk pimpinan atasan yang sentiasa mengambilberat isu-isu dan permasalahan Warga Tentera ini. Sekurang-kurangnya, kami tidak dipinggirkan dari mendapat hak dan keistimewaan yang dinikmati pasukan keselamatan yang lain.Tetapi, ada segelintintir INDIVIDU yang merasakan pelaburan negara pada institusi pertahanan adalah satu yang membebankan. Kenyataan yang dikeluarkan turut menyelitkan bahawa pelaburan ini bukan sahaja satu bebanan pada negara, tetapi juga pada rakyat. Dimanakah letaknya kesahihan kenyataan ini? Turut diperkatakan Warga Tentera tiada kerja. Hanya kerana negara kini sudah aman tanpa ada lagi gangguan radikal musuh, dikatakan tentera tidak bekerja.

Sesungguhnya kenyataan ini terlalu memberi impak pada aku, dan mungkin juga seluruh Warga Tentera. Kami masih bekerja, dan ada tugas-tugas yang perlu kami lakukan dimasa aman. Tanpa rakyat sedari, kami bersedia 24jam bagi segala kemungkinan yang bakal berlaku pada negara. Kami tidak pernah bersungut sedikitpun tentang sebarang kenaikan elaun walaupun ada pasukan keselamatan lain yang menerimanya setiap tahun. Tiada asas yang kukuh utk meletakkan kami sebagai "menghabiskan beras.." Baru-baru ini, sebuah tabloid telah mengeluarkan satu senarai perbelanjaan negara utk dasar pembangunan yang dikatakan agak keterlaluan dan membebankan. Dan malangnya pembelian 3buah kapal selam dari Perancis turut disenaraikan. Pembelian pesawat Sukhoi dari Russia turut mendapat liputan hangat dan pertikaian. Adakah pembelian ini bagi pemantapan ketenteraan ini satu bebanan. Jika ia, kenapa dahulu rakyat mempertikaikan abiliti ketenteraan Malaysia. Adakah ini adil buat kami..? Sama sekali tidak. Jika anda ditempat kami, anda rasakanlah kepayahan kami untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara....

Pada mereka yang merasakan artikel ini satu yang sensitif, saya mohon maaf. Kerana selama ini kami hanya berdiam diri menerima tomahan dan sindiran sesetengah dari anda. Kalau boleh, tariklah balik kenyataan anda itu. Kerana kredibiliti anda kini juga turut dipersoalkan. Jgn terlalu cepat menghakimi orang lain. Cermin dahulu diri sendiri...

3 comments:

R.E zine said...

Owhh yeaa...aku juga berterima kasih juga atas pimpinan atasan bagi menjaga kepentingan ketenteraan bagi menjaga kedaulatan dan keharmonian negara nih...haha :) Thanks Pak Najib aa skrg nih Pak Lah lak nak amik alih jawatan...haha

Owhh yeahh bagi aku tiap2 budjet yang perlu diperuntukkan untuk ketenteraan perlu bagi memastikan pegerakan dan perjalanan / movement warga tentera untuk terus bernafas.Ow yeahh keje 24 jam tuh memang memerlukan pengorbanan dan ianya dah jadi tanggungjawap ko as a military...

Perkara ke 2 lak yang aku nak sentuh pasal peruntukkan pembelian kapal selam dan pesawat sukhoi tuh memang membebankan warga malaysia secara umumnya.

Mungkin ko tak nampak.Tapi as a rakyat biase cm aku nih.Memende nih memang tak masuk dek akal.Tuh sebab effect dia makan smpai sekarg nih.Rokok naik, minyak naik, tol naik hatta perut aku pon naik hahaha :P

Tapi aku tak pernah salahkan warga tentera okeh...

lagi best lebih lagi bila wang rakyat digunakan semaksimum mungkin dengan menghantar sorang angkasawan...Perlu atau tak

Tepuk dada tanya selera...kalau aku nak tanya pon aku nak tanya Pak Jamaluddin Jarjis hahaha

tamanmelurbarrios said...

oklah...itik...aiman online here....

now were are talking about our glorious military...im supported all our previous military purchase like Su-30MKM,Scorpene sub,Adnan IFV,Jernas(modified Hawk)...but the think that we must concerned here is about quantity and where the money is going...My first topic is about our recent aircraft purchase.... from my research base,Malaysia can double the aircraft quantity from 18 aircrafts to nearly 40 aircrafts with similar budget...is it right???...why Malaysia pay double than Venezuela who got similar aircraft but costing less than us..it is not about the budget...even our military budget is low compare than Singapore but with 40 Su-30 it can make us as a minipower in our region..right....the problem come from beraucracy...mismanagement,corruption...i do not blame the military but i accuse all who control the military budget because they screw all the taxpayer...i will post something related later

Sun Tzu said...

Sekali lagi ucapa time kaseh buat korang berdua..,

1stly, let us refer 2 Aiman comment. It's true that buying aircraft such as Sukhoi is burdon to our citizen. This is becoz our recent aircraft (our Interceptor) can be upgraded into 1 stage that can already similar to other nation aircraft. Upgrading can be more cheaper rather than buying a new one. This include paying for pilot course. But sometimes, getting new superior gadjet or machine is just a matter of 'show of force'. Did u know that while malaysia in a deal of buying Suk n Sub, our NEIGHBOURS are start 2 asked the rasional of buying those thing. Just the same they did when we bought the BAKTAR SHIKAN. Why do u think that this happen..? Think 4 urself

For Ambu, kalo negara memperuntukan secukupnya utk bidang ketenteraan, perkara kenaikan harga minyak dan barang xkan berlaku. Ini disebabkan adanya korupsi(maybe) atau perjalanan wang yang salah. Aku bukan menuduh, mungkin ada benarnya. Isu angkasawan ini pula merupakan satu lagi agenda yg sering diwar-warkan. Daripada sumber yang aku terima, perkara ini ada kene mngena dengan GIVE & TAKE. Aku xberani nk kupas panjang sebab aku pun xberapa pasti dengan sumber ini. Tapi, ianya sebab kepentingan sesuatu. Ko bg aku satu, aku bagi ko balik satu. Harap ko paham..