Saturday, September 27, 2008

Melur Barrios banner..


Setakat ni, inilah yg termampu dlm jangka yg cepat utk aku siapkan banner nie. Almaklum lah, raya dah nak dekat, persiapan raya xwat lagi. So, aku harap idea cincai aku nie korang pkai dulu, then aku upgrade masuk v-tec besor plok k.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 24, 2008

Yang Bijak Pandai..

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 'Apa sebenarnya masalah awak, Abu?'
Lalu Abu menjawab, 'Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!'.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, 'Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6', Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, 'Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?'. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik
dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3 in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont ge tit you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata
'Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah'.
p/s: Jika jawapan anda juga sama seperti Pengetua tersebut, maka anda juga gagal dan memeliki otak kuning yang bijak. hehe...

Thursday, September 18, 2008

Aiman Tak Kisah...

Hairan sungguh..... .....

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluarnegara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untukmendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang,tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50%selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang(macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kenarompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepadamasyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nakmenggunakan e-mail ataupun komputer.

14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya"bila berurusan dengan mereka.

15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari,walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun danbersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

Utk aiman, ini bukan utk menyindir anda. Tiada kene mengena dengan Aiman yg masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

Pengeluaran Wang Oleh Kerajaan Utk Pembangunan Pertahanan Satu Bebanan?

Aku ingat lagi masa aku dibangku sekolah, riuh orang mempertikaikan Abiliti dan Kredibiliti ketenteraan Malaysia. Mereka mengeluarkan kenyataan, ketenteraan Malaysia mengalami kemunduran 10 thn berbanding negara maju yang lain Apa yang mundurnya Entiti Ketenteraan kita..? Adakah dari segi kemahiran, aset atau lain-lain faktor. Namun kini, aku dapat melihat sendiri kenapa kenyataan 15thn dahulu timbul.

Sememangnya jika hendak membandingkan kita dengan negara maju yang lain, kita sedikit kemunduran. Tapi tidaklah sejauh yang dipersoalkan dahulu. Kita masih hampir sejajar dengan mereka. Oleh sebab yang demikian, pembangunan ketenteraan diwujudkan agar masalah ini dapat diatasi. Namun begitu, kita bukanlah negara sekular yang meletakkan pelaburan ketenteraan di keutamaan tertinggi hingga membiarkan rakyat hidup dalam kebuluran dan kemiskinan. Kita masih mengimbangi dasar ekonomi negara.

Aku berterima kasih kepada pucuk pimpinan atasan yang sentiasa mengambilberat isu-isu dan permasalahan Warga Tentera ini. Sekurang-kurangnya, kami tidak dipinggirkan dari mendapat hak dan keistimewaan yang dinikmati pasukan keselamatan yang lain.Tetapi, ada segelintintir INDIVIDU yang merasakan pelaburan negara pada institusi pertahanan adalah satu yang membebankan. Kenyataan yang dikeluarkan turut menyelitkan bahawa pelaburan ini bukan sahaja satu bebanan pada negara, tetapi juga pada rakyat. Dimanakah letaknya kesahihan kenyataan ini? Turut diperkatakan Warga Tentera tiada kerja. Hanya kerana negara kini sudah aman tanpa ada lagi gangguan radikal musuh, dikatakan tentera tidak bekerja.

Sesungguhnya kenyataan ini terlalu memberi impak pada aku, dan mungkin juga seluruh Warga Tentera. Kami masih bekerja, dan ada tugas-tugas yang perlu kami lakukan dimasa aman. Tanpa rakyat sedari, kami bersedia 24jam bagi segala kemungkinan yang bakal berlaku pada negara. Kami tidak pernah bersungut sedikitpun tentang sebarang kenaikan elaun walaupun ada pasukan keselamatan lain yang menerimanya setiap tahun. Tiada asas yang kukuh utk meletakkan kami sebagai "menghabiskan beras.." Baru-baru ini, sebuah tabloid telah mengeluarkan satu senarai perbelanjaan negara utk dasar pembangunan yang dikatakan agak keterlaluan dan membebankan. Dan malangnya pembelian 3buah kapal selam dari Perancis turut disenaraikan. Pembelian pesawat Sukhoi dari Russia turut mendapat liputan hangat dan pertikaian. Adakah pembelian ini bagi pemantapan ketenteraan ini satu bebanan. Jika ia, kenapa dahulu rakyat mempertikaikan abiliti ketenteraan Malaysia. Adakah ini adil buat kami..? Sama sekali tidak. Jika anda ditempat kami, anda rasakanlah kepayahan kami untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara....

Pada mereka yang merasakan artikel ini satu yang sensitif, saya mohon maaf. Kerana selama ini kami hanya berdiam diri menerima tomahan dan sindiran sesetengah dari anda. Kalau boleh, tariklah balik kenyataan anda itu. Kerana kredibiliti anda kini juga turut dipersoalkan. Jgn terlalu cepat menghakimi orang lain. Cermin dahulu diri sendiri...

Wednesday, September 17, 2008

Terrorist..?!!!




Kebanyakan orang berpendapat bahawa Terrorist adalah satu tindakan kekerasan (violence)terhadap individu atau kumpulan sasar tertentu. Satu situasi dimana "seorang ibu memukul anaknya kerana mencuri". Jika dilihat dari satu sudut, terdapat kekerasan dalam situasi ini. Adakah ini dipanggil Terrorist? Jawapanya TIDAK. Perkara ini telah dibincangkan bukan sahaja di Malaysia, namun diseluruh dunia. Setakat ini, kita masih tidak dapat mentafsir dengan jelas tentang perkara ini. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, 'Terrorist' ditafsirkan sebagai satu kelakuan yang berunsur kekerasan atau keganasan yang mana meliputi kepentingan diri dan yang paling penting adalah kata kunci "POLITIK". Politik di sini bermaksud bahawa aktiviti terrorisme ini berkait rapat dengan isu politik antara sesebuah negara dengan negara yang lain.


Sebagai contoh mudah, Osama bin Laden yang dilabel sebagai terrorist atau penjenayah dunia ini mempunyai kepentingan sendiri dalam tindakannya dan ianya menentang keras terhadap negara AS yang dianggap senagai musuh. Jelas sekali di sini, terdapatnya elemen2 Kepentingan Diri + Politik dalam agenda mereka. Dengan ini, maka secara ringkasnya definasi terrorist itu dapat diwujudkan.


Ramai berpendapat bahawa terrorist ini adalah mereka yang berpendidikan rendah yang hidup dalam kehidipan yang miskin. Anggapan sebegini adalah salah sama sekali. Jika dilihat, Mereka ini datang dari golongan yang berpendidikan tinggi dan mewah. Keluarga Osama sendiri merupakan antara Hirarki kedua terkaya dalam negaranya. Penggunaan peralatan dan gajet2 oleh mereka adalah antara yang sofistikated. Ini tidak termasuk dalam perniagaan jual-beli senjata untuk kumpulan mereka. Jelas di sini bahawa golongan ini wujud atas kekukuhan ekonomi mereka. Golongan ini juga antara bijak pandai. Mempunyai lulusan dari universiti tertentu membuktikan bahawa mereka bukanlah bodoh seperti yang disangka. Seperti kumpulan Abu Sayyaf yang mempunyai seorang profesor dalam pertubuhan mereka. Mereka ini adalah aset serta penggerak kumpulan pengganas seperti ini.

Monday, September 15, 2008

Ikhlas Tapi Jauh..



Sebenarnya, tangan ni telah lama terasa ingin mencoret apa yg terpendam dan apa yg ingin aku luahkan. Walaupun masa aku terlalu padat dgn tugas yg tak pernah habis, otak yg xpernah bhenti memikirkan ttg negara dan tangan yg xpernah berhenti menaip paperwork, namun hari ini aku perlu lepaskan segalanya utk ini.. Luahan perasaan (wow..lain mcm je bunyi nye). Aku telah kehilangan banyak perkara dalam hidup ini sejak aku involve in military life. Bersembang dengan AmBu semlm mbuatkan aku terpikir, aku semakin jauh. Kenangan aku bersama PGA telah jauh meninggalkan aku. Aku 'rindukan' Dark Horror. Walaupun aku tahu, aku bknlah bassist yg hebat utk kekal bersama. Tapi aku byk belajar erti kepayahan, kesusahan, demi mngecao kejayaan. Ijal, kalo ko ada masa, marahlah aku mcm dulu2... haha. Maan pun makin berkembang pesat, sepesat pembangunan Malaysia. Inilah Trio aku dulu.. Kalau lah masih aku ingat lagu2 dulu, mmg aku nk wat reunion dgn korang dan produce sumthing that i can't save it with me.. tapi..........